Wednesday, 30 November 2011

~Maaf~

Maaf, mungkin selama ini aku bukanlah TEMAN yang baik..Maaf juga, mungkin selama ini aku sering MELALAIKANMU. Maaf lagi, mungkin selama ini aku membuatmu rasa SEDIH TERSISIH..Maaf juga, mungkin selama ini ada bicaraku yang PEDIH..Maaf sungguh, mungkin selama ini aku sering TIDAK MEMAHAMI.. ..Maaf aku hanya hamba yang biasa, kerana KELEMAHANKU itu seringku panjatkan doaku padamu di kesempatan yang ada.. Moga Allah selalu MENYAYANGIMU kerana siapa pun kamu, kamu itu adalah temanku di dunia dan di akhirat..tidak ada apa-apa yang ku pinta dari mu, hanya KEMAAFAN yang tulus ikhlas..
Mungkin Aku Bukanlah Yang Terbaik........✿✿✿✿

Monday, 28 November 2011

Duhai Teman Duhai Sahabatku :)

“Teman yang soleh, malunya mengatasi perawan,beraninya mengatasi pahlawan ...cintanya bukan pada gambaran,rindunya bukan pada pertemuan, tetapi hatinya sarat dengan iman dan taqwa kepada Tuhan” Duhai Teman Duhai Sahabatku …Hargailah bila bersahabat …Maafkanlah bila terluka …Fahamilah bila keliru … Nasihatilah bila terleka …Tegurlah bila tersilap …Ingatilah bila kesunyian …Itulah kehebatan ukhwahfillah … Apabila kau ingin berteman …Janganlah kerana kelebihannya…:))